Monday, April 6, 2009

location untuk berbuke puasa tahun ni

assalammualaikum semua,
benuos dias? memandangkan blog ni dh bertambah suram...so sy ade sikit idea utk menghangatkan kembali...bleh x tuan2 dan puan2 renung2kan dan fikir2kan kemana arah tujuan kite pada tmpat berbuke tahun ni...

kite dijangka berpuasa pada bulan 8 dan kemungkinan kite akan menyambut hari merdeka ketika itu...

saya mengharapkan sambutan yang lebih hangat dari biasa pada tahun ini...
diharap kawan2 kite atau penglayar blog ini dapat sampaikan kepada kawan2 kite diluar sana yang jarang melayari blog kite ini...

erm,kepada yg berminat nk take over handle blog ni bleh la berurusan ngan saudara rizal kite...al-maklum saudara kite skrng sudah berkerjaya dan masanya agak limited...

sy dengan hati yang terbuka mengalu-alukan kedatangan ahli baru serta harap benda ni bleh berkekalan utk tmpt kite menyampaikan info2 yang bleh membantu dikalangan kite semua...

assalammualaikum...

sekian dr rotterdam-holland,

fzi

Read more...

Sunday, January 11, 2009

PaintBall @ TEMC (ditangguhkan sehingga diberi tahu)


TEMC akan menganjurkan aktiviti riadah. Penyertaan terbuka kepada ahli TEMC dan juga kepada penduduk Taman Ehsan mahupun rakan taulan. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi AJK Aktiviti TEMC di talian 017-3917318 (Husni). Sebarang pertanyaan sila email ke mytemc@gmail.com

Aktiviti :- PAINTBALL

Venue :- Isi Rimba (Ulu Kelang berhampiran Zoo Negara)

Masa :- 8.00 am

Tarikh:- XX/XX/09

Bayaran :- RM 100/pax (Including Lunch) + 300 pallet + marker + padding + mask

Tarikh Tutup :- XX/XX/09

p/s - sila bawak baju basahan kpd yg ingin mandi sungai.

Person in-charge : Husni , Roy

-wrt631-

Read more...

Monday, January 5, 2009

Report Cherating Ride '09

sebahagian motor yang menyertai konvoi

sekitar chalet

maskot TEMC

Alhamdulillah, program konvoi Cherating '09 berjaya dilaksanakan walaupun cuaca tidak menyebelahi kami disepanjang perjalanan pergi dan pulang. Kami berjaya menarik minat 22 orang peserta konvoi yang terdiri daripada 16 buah Yamaha LC135, 1 Yamaha Lagenda, 1 Yamaha 125Z, 1 Yamaha FZ150i dan sebuah Perodua MyVi.

Cuaca hujan menyebabkan beberape akitiviti terpaksa dibatalkan, namun beberapa aktiviti berjaya dijalankan walaupun hujan sepanjang hari. Aktiviti Barbeque berjalan dengan lancar meskipun hujan renyai2 menyelubungi malam tersebut.

Kami dari pihak TEMC ingin mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada peserta dan penganjur yang menjayakan aktiviti ini. Tidak lupa juga kepada pihak yang menaja sedikit sebanyak untuk memeriahkankan Cherating Ride '09.

Read more...

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Happy New Year 2009!

Read more...

Wednesday, December 31, 2008

Ahli Jawatan Kuasa @ Cherating '09

Dibawah merupakan AJK-AJK yang dilantik untuk melancarkan program konvoi Cherating '09. Diharap ahli yg terlibat dapat menjalankan tugas masing2.

KETUA KONVOI

  • Nurul Husni
  • Rahaizam

KETUA KESELAMATAN

  • Zawawi
  • Azhar

KETUA BARBEQUE

  • Azrai
  • Zuhaimi

KETUA PENGINAPAN

  • Hud

KETUA PERMAINAN/SUKAN

  • Shafiq

KETUA AKTIVITI

  • Fadzli
  • Rizal

KETUA MEKANIK

  • Nazreen
  • Nazmi

*Bagi yang tidak tersenarai di dalam AJK anda dminta membantu Ketua2 yang lain bagi melancarkan program kita.TQ.

Read more...

Tuesday, December 30, 2008

Cherating T-Shirts

Baju untuk konvoi cherating 2009 sudah siap. Sila datang meeting di Restoran Najath pada pukul 9.30mlm 30/12/2008. Harap Maklum.

Read more...

Monday, December 15, 2008

Selamat Pengantin Baru!


Selamat pengantin baru diucapkan buat Sdr. Hashim yang telah melangsungkan majlis perkahwinan beliau pada 14 Dis 2008 di Taman Ehsan, Kepong. Kami di TEMC mengucapkan selamat pengantin baru dan berkekalan bahagia hendaknya.

Read more...

Saturday, December 13, 2008

TEMC forum

http://temc.forumotion.com/

Kepada semua ahli TEMC, sila daftar diri anda di forum TEMC untuk memudahkan pihak pengurusan untuk menaiktaraf sistem database para ahli.
Klik untuk register.

Read more...

Tuesday, December 2, 2008

Selamat Pengantin Baru!

Tahniah kepada rakan kita, Sdr.Zulfadli a.k.a Cikgu Mat yang telah melangsungkan majlis perkahwinan beliau pada hari sabtu 29/11/2008 bertempat di Temerloh,Pahang. Ucapan kami dari T.E.M.C semoga berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat!

more pics click here

Read more...

Tuesday, November 18, 2008

Bowling Tournament Result

Alhamdulillah, pertandingan boling selamat dilansungkan pada hari ahad 16 Nov 2008. Sebanyak 7 kumpulan yang terdiri daripada 21 peserta menjayakan pertandingan tersebut. Kejohanan yang julung-julung kali dianjurkan oleh T.E.M.C mendapat sambutan yang memberangsangkan walaupun terdapat sedikit masalah pada peringkat awal. Dibawah merupakan kumpulan-kumpulan yang menyertai serta pemenang pertandingan tempohari.

Group 1
Zundex (311)
Dzulkarnain (419)
Wiwit (534)

Group 2
Rehan (310)
Dzulhilmi (316)
Fauzan (404)

Group 3
Hud (328)
Cikgu Mat (344)
Iju (258)

Group 4
Nami (482)
Rizal (510)
Pcik Mansor (436)

Group 5
Alai (236)
Yeen (225)
Alang (236)

Group 6
Lie (287)
Mail (349)
Azam (446)

Group 7
Oss (284)
Abas (312)
Yana (346)

*jumlah markah untuk 3 game

Pemenang
1st prize hamper RM100 : Group 4
2nd prize hamper RM70 : Group 1
3rd prize hamper RM40 : Group 6





Read more...

Monday, October 20, 2008

Announcement

Salam TEMC, seperti yang dibincangkan serta dicadangkan, kita akan mengadakan 2 aktiviti iaitu:-

a) pertandingan bowling antara juara2 (16/11/08)

b) konvoi ke Cherating (01/01/09-03/01/09)

-untuk perkara a) RM25 seorang

-untuk perkara b) duit kutipan akan dikutip oleh saudara HUD iaitu sebanyak RM 75 seorg pada 10/11/08 dan 10/12/08. sila sediakan duit secukupnya bagi memudahkan pihak penganjur.

p/s-sebarang pertanyaan sila rujuk urusetia (husni,roy,rizal dan hud)
borang peryertaan boleh didapati di kedai2 berhampiran...sekian

Read more...

Tuesday, October 14, 2008

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Alai

Kepada rakan-rakan TEMC, untuk makluman, rakan kita Azrai@Alai menjemput semua rakan-rakan TEMC untuk hadir ke rumah terbuka beliau pada hari ahad 19/10/08 jam 8mlm. Diharap rakan-rakan dapat hadir untuk memeriahkan lagi suasana aidilfitri yang ke-19 dirumah terbuka beliau nanti.

Read more...

Gotong-Royong membantu rakan TEMC berpindah rumah serta rumah terbuka

Untuk Makluman, Abah@Nazrin@Unbelivebleman akan berpindah pada 19/10/08 jam 8pg. Di harap rakan-rakan dapat meringankan tulang empat keratuntuk membantu beliau,manakala open house beliau pula adalah pada 25/10/08 pukul 2ptg hingga 8mlm. semua rakan TEMC dijemput hadir.

Read more...

Wednesday, October 8, 2008

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Zundex


click for bigger image

Dijemput ke majlis rumah terbuka raya di rumah rakan kita Zundex. Semua ahli dijemput hadir.

alamat : no16, jln su39 ,tmn slayang utama
tarikh: 18/10(sabtu)
masa : 12pm-6pm
kedatangan anda dialu-alukan (zundex)

Read more...

Monday, September 29, 2008

“Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin”
T.E.M.C ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua ahli, pembaca-pembaca blog dan juga muslimin dan muslimah seluruh dunia. Semoga ibadah di Ramadhan yang mulia diberkati-NYA.Kepada yang ingin pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya.

Read more...

Wednesday, September 17, 2008

Salam Nuzul Quran 17 Ramadhan 1429H


"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
(al-‘alaq:1-5)

Read more...

Friday, September 12, 2008

Budget Cherating '09




Budget cherating 3hari 2 malam


tarikh - 1 Januari 2009

chalet - RM 360 = 4 org = 2 mlm

baju - RM 30.00 - RM 60.00
(bergantung pada jenis baju)


sapu tangan (key) - RM 5.00

barbeque - RM 15.00 seorg


total - RM 150.00++ per head

Ranting Beach Resort,
Lot 1006,1008,Kampung Budaya Cherating,
26080 Kuantan,Pahang Darul Makmur.
Tel : +609-5819068
Fax: +609-5819208

Read more...

Thursday, September 11, 2008

Majlis Berbuka Puasa Di Balai Adat



Satu majlis berbuka puasa akan dianjurkan oleh Majlis Sandang Sembilan, Seni Cula Simanjakini di Balai Adat Taman Ehsan.Semua Ahli T.E.M.C dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.Harap maklum..

Tempat:Balai Adat Taman Ehsan

Tarikh:13 September 2008

Masa:6.00 petang

Read more...

Wednesday, September 10, 2008

T.E.M.C Merchandise

Frame Plate
Reflective Sticker
Non-Reflective Sticker

Frame Plate dan Stiker sudah berada di pasaran. Sila berurusan dengan En.Zundek untuk tempahan.

Frame Plate : RM 13

Reflective Sticker : RM 10

non-Reflective Sticker : RM 8

Read more...

Monday, September 8, 2008

Bagan Lalang Ride - Berbuka Puasa -

6 Sept 2008 - Pada hari Sabtu yang lalu , T.E.M.C telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa di Bagan Lalang, Sepang. Konvoi bertolak daripada tempat berkumpul lebih kurang pukul 4.00 petang. Sebanyak 14 peserta bersama2 menjayakan majlis berbuka puasa kali ini.

Di dalam perjalanan menuju ke destinasi , berlaku satu insiden yang menyayat hati dan perasaan apabila Hud(bukan nama sebenar) yang menunggang Yamaha Nouvo miliknya terbabas seorang diri di lorong motorsikal apabila keluar daripada lebuh raya ELITE. Tiada kecederaan yang berlaku akibat insiden tersebut.Hanya lumpur2 yang menyaluti motor beliau dan hasil daripada kain yang diberikan oleh En.Zundek, motorsikal beliau kembali bersinar.

Sebaik sampai ke simpang susur keluar ke Bagan Lalang , semua peserta dengan jayanya mengharungi selekoh2 tajam menuju ke destinasi yang dituju. Sehinggalah sampai ke satu selekoh, dimana penulis tidak berjaya melepasi selekoh tersebut lalu terhumban ke dalam parit yang dipenuhi dengan air. Alhamdulillah , tiada sebarang kecederaan serius yang dialami hanya sedikit luka di bahagian tangan dan sebuah pengalaman yang tidak akan dilupakan.


Selepas berbuka , diatas pertolongan rakan2 dan penduduk setempat , motorsikal yang terhumban didalam parit berjaya dihidupkan. Terima kasih diatas semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat.

Pada pukul 9.00 malam ,setelah mengadakan beberape sessi fotografi bersama semua paserta, kami bertolak dari sepang menuju ke Taman Ehsan. Walaupun cuaca hujan menemani kami semasa pulang, Alhamdulillah, semua berjaya sampai dengan selamat.

Read more...
FREE PALESTINE
FREE PALESTINE
FREE PALESTINE

  © TEMC Web Blog copyright © by TEMC 2008/2009

Back to TOP