Monday, September 8, 2008

Bagan Lalang Ride - Berbuka Puasa -

6 Sept 2008 - Pada hari Sabtu yang lalu , T.E.M.C telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa di Bagan Lalang, Sepang. Konvoi bertolak daripada tempat berkumpul lebih kurang pukul 4.00 petang. Sebanyak 14 peserta bersama2 menjayakan majlis berbuka puasa kali ini.

Di dalam perjalanan menuju ke destinasi , berlaku satu insiden yang menyayat hati dan perasaan apabila Hud(bukan nama sebenar) yang menunggang Yamaha Nouvo miliknya terbabas seorang diri di lorong motorsikal apabila keluar daripada lebuh raya ELITE. Tiada kecederaan yang berlaku akibat insiden tersebut.Hanya lumpur2 yang menyaluti motor beliau dan hasil daripada kain yang diberikan oleh En.Zundek, motorsikal beliau kembali bersinar.

Sebaik sampai ke simpang susur keluar ke Bagan Lalang , semua peserta dengan jayanya mengharungi selekoh2 tajam menuju ke destinasi yang dituju. Sehinggalah sampai ke satu selekoh, dimana penulis tidak berjaya melepasi selekoh tersebut lalu terhumban ke dalam parit yang dipenuhi dengan air. Alhamdulillah , tiada sebarang kecederaan serius yang dialami hanya sedikit luka di bahagian tangan dan sebuah pengalaman yang tidak akan dilupakan.


Selepas berbuka , diatas pertolongan rakan2 dan penduduk setempat , motorsikal yang terhumban didalam parit berjaya dihidupkan. Terima kasih diatas semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat.

Pada pukul 9.00 malam ,setelah mengadakan beberape sessi fotografi bersama semua paserta, kami bertolak dari sepang menuju ke Taman Ehsan. Walaupun cuaca hujan menemani kami semasa pulang, Alhamdulillah, semua berjaya sampai dengan selamat.

1 comments:

Dilla November 14, 2008 at 8:34 AM  
This comment has been removed by the author.
FREE PALESTINE
FREE PALESTINE
FREE PALESTINE

  © TEMC Web Blog copyright © by TEMC 2008/2009

Back to TOP